mari memfollow.. kengkawan.. kalo sy tak follow balik let me know ehh..
senyumm
Promosi Keahlian 2011
Thursday, December 1, 2011
apa kau mahu?
Friday, October 21, 2011
Motif?
okeh bukan pasal aku marah keta dia mahal dr keta aku.. apekejadah... hahhaha dia mampoo peduli apa kan..tapii korang tengok la apa yang tak kena..
aku pencerahan (penerangan) sikit.. kira belakang kete dia dah selekoh.. and jalan one way..
tepi selekoh tu ada satu petak parking... use to be my fav spot.. tapi sejak tuan punya petak ni tuka kereta, haku dah tak park lagi situ + selalu kosong ja kat situ..
kenapa? tengok la.. punya la malas masuk dalam kotak dia nak parking ..payah sehh nak gerak kuar.. tambah lagi sebelah my fav spot tu ader tiang seri..bayangkan i yang bawak alyz ni nak kuar.. kedepan kebelakang,,
so sebagai pendekatan yang tak bape dekat, i park la tempat lainnn.. which is mcm dlm gambar..
so koranggg.. kalaupun berjawatan besar ada rezeki lebih , alhamdullilah.. jgn la menyombong kat orang, jgn ingan senang tuk diri sendiri ja.. kalo orang tu boleh mengalah (sabar) takpe lah.. kalo orang tu kepala angin? dia langar je bagi kemek bumper..
ha sapa nak jawab? ermm memang ader cctv.. tapi spot tu jauh skit..
hmm sampai2 kan lah ye.. saya ni mals nak tegur orang ader jawatan.. takut ada, takut sentap pun ya.. sebagai pemudah cara, biarlah saya mengalah..sy carik parking lain.. hehehheheh...
p/s: kenapa tulis dalam blog? sebab nak ingatkan diri sendiri n sesiapa yang sudi, jgn ambil mudah sangat tntang sesuatu.. kekadang bagi kita kecil je.. tapi besar pada orang lain..
Wednesday, October 13, 2010
Monday, October 4, 2010
myMetro | Wajah anak kebiruan
MUAR: “Saya terkejut mendapati wajah Alysa bertukar kebiruan lalu memanggil mak untuk membantu. Mak menjolok mulutnya menggunakan jari bagi mengeluarkan objek terbabit tapi gagal,” kata Asniza A Rasid, 24, ibu kepada Alysa Khairul Azhar, 10 bulan, yang dipercayai tercekik bateri dalam kejadian di Kampung Parit, Kampung Bukit Pasir di sini.
ALYSA...ditahan di wad
Menceritakan kembali detik cemas itu, Asniza berkata, dia sedang menyidai pakaian di luar rumah apabila terdengar anak bongsu daripada empat beradik itu menangis sekuat hati dalam keadaan luar biasa.
“Saya terdengar tangisan kuat dan syak berlaku perkara tidak diingini lalu meluru ke dalam rumah dan melihat dia (Alysa) seperti tersedak sesuatu dan menangis dengan kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.
Berdasarkan perbualannya dengan Hanafi serta anak jiran, Asniza mengetahui bahawa Alysa tertelan bateri bersaiz AAA.
Menurutnya, Alysa dikejarkan ke Hospital Batu Pahat (HBP) untuk rawatan tetapi bateri terbabit tetap gagal dikeluarkan.
“Alysa menjalani ujian X-Ray empat kali di HBP dan doktor mendapati objek yang ditelan itu sudah berada dalam perutnya. Anak saya dipindah ke HPSF akibat ketiadaan pakar serta kemudahan.
“Dia dihantar ke HPSF jam 7 malam pada hari sama dan dimasukkan ke dewan bedah dua jam kemudian untuk mengenal pasti objek ditelan,” katanya.
Hasil pemeriksaan, ia disahkan bateri dan sehingga semalam, anak bongsu daripada empat beradik itu masih ditahan di wad di pusat perubatan berkenaan untuk mengeluarkan bateri terbabit.
Difahamkan, keadaan bayi berkenaan dilaporkan stabil.
