mari memfollow.. kengkawan.. kalo sy tak follow balik let me know ehh..

senyumm

Promosi Keahlian 2011

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

sifir pengiraan tangga gaji sbpa w17

klik untuk tumbesaran.. sumber beritasemasa.com


haa.. banayak orang tanya.. banyak orang cari.. aku dapat ni pon setelah menggugel..  cara nak kira sifir tangga gaji? boleh lepak2 kat forum2.. banyak2 otai sana cerita.. errr sebenarnya aku pun blur2 jugak.. tapi  godek2 paham2 la kot tuk diri sendiri..


p/s: owh dalam gamba adelah N17.. gaji kita sama .. cuma beza singgit je.. so tambah tolak la ye..

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Thursday, December 8, 2011

mata


zaman it sekarang begitu mudah kan.. kalo kita alami sesuatu, yang kita tak tahu, cepat2 kita cari kesayangan kita.. pokcik google.. heheheh so aku petang ni asik mengalami kelopak mata kanan bergerak.. tertanya2 juga.. selalu orang ckp adelah tanda sesuatu.. hehehehhe..

dengan pantas menggogle dan ni info menarik aku jumpa dr blog rudi..

Jika alis kanan bergerak - akan bertemu orang yang disayangi

Alis kiri - akan mendapat wang

Kelopak mata kanan atas bergerak - akan mendapat keuntungan dan memperolehi keamanan

Kelopak mata kanan dibwah bergerak - akan mendapat kesusahan

Kelopak mata kiri atas bergerak - akan mendapat kebaikan

Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh

Ekor mata kiri bergerak - mendapat sedikit kesusahan

Biji mata kanan bergerak - akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak - berasa gembira dihati


Jika MATA KANAN sahaja yang bergerak 

6 - 8 am : akan ada yang menggoda atau menganggu
8 - 10 am : akan ada yang berkhianat
10 - 12 pm : akan ada urusan yang tidak baik
12 - 2 pm : akan menghadapi perkara yang menggembirakan
2 - 4 pm : akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu
4 - 6 pm : akan didatangi orang tua atau saudara
6 - 8 pm : akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik
8 - 10 pm : akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara
10 - 12 am : akan diundang orang yang mempunyai hajat
12 - 2 am : akan ada yang jahil
2 - 4 am : akan menghadapi perkara yang menggembirakan
4 - 6 am : akan mendapat rezeki atau keuntungan

Jika MATA KIRI sahaja yang bergerak

6 - 8 am : akan didatangi tetamu yang jauh
8 - 10 am : akan menghadapi perkara yang menggembirakan
10 - 12 pm : akan menghadapi perkara yang menggembirakan
12 - 2 pm : akan mendapat keuntungan
2 - 4 pm : akan mendapat keuntungan yang berupa barangan
4 - 6 pm : akan mendapat rezeki
6 - 8 pm : akan menerima tetamu yang menyebabkan kegembiraan
8 - 10 pm : akan dikunjungi oleh saudara mara
10 - 12 am : akan mendapat pertolongan dari orang lain
12 - 2 am : akan mendapat kesusahan dan diserang penyakit
2 - 4 am : akan didatangi tetamu jauh
4 - 6 am : akan dikunjungi oleh saudara mara


yang aku highlight tu , itu la yang aku tgh alami sekarang.. tapi betul ka maksudnya?
huhuh sesama la kita tunggu dan lihat.. jgn percaya sangat nanti jatuh syirik pula.. heheheh..
ok bye..!
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Wednesday, December 7, 2011

Jadual Pembayaran Gaji 2012

salam.. walau masih menanti, pekeliling berkenaan gaji+pencen yang tak muncul2.. pagi ni member opis inform tarikh gaji untuk tahun 2012 dah ke luar di web Akauntan Negara.. bila ahkak tengok.. fuuuuhhh... korang tgk la ade yang gaji seawal 6hb... dasat2.. mesti pingsan nanti nak tunggu gaji next month..

hahahaaa... ye la ader orang boleh kawal perbelanjaan bagus la.. tapi selaku manusia biasa yng SELALU terbabas.. hari gaji lah sy tunggu...

moga tahun depan, sy akan lebih pandai uruskan kewangan saya..



p/s: kagum bila ader orang tak perasan hari gaji dah tiba.. mentor-menti.. sila beri tujuk ajar..

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Tuesday, December 6, 2011

“Saya cuma jogging je kat sini" -

“Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini" - Isu Semasa - CARI Malay Forums

SHAH ALAM – “Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya,” katanya.

Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.


credit to forumer cari.com :mirage_46

p/s: terkenang adinda cik pelangi penah duk situ.. err ko pun selalu ilang kain baju kan.. ha mamat ni yang amik k.. gi belasah diaa!!!

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Monday, October 17, 2011

kuat menangis!!

huhuh mia sekarang kuat nangis.. sikit2 nangis.. suh mami buka tv nangis, nak susu nangis, nak tuka pampes nangis, mami marah nangis, mami g dapo nangis.. ya Allah tu belum masuk bila mami babab! abi usik dia.. naaaaaangis je keje.. mami sampai jadi tensen sebab haissh apakah sebab kamo nangisss? 


kekadang rasa cam nak duduk dalam bilik air / bilik store nak g nangis sorang2 kat sana.. hahahhaha
tapi confirm kalo mami g nangis kat sana si mia pon bantai melalak kat luar tu..


dah la sekarang tak tahu apa angin dia tak nak sangat kat abi, sikit2 nak mami, nak mami.. bila mami amik bukan la nak pegang biasa2, nak kokong!!! arghhh rasa nak wat sit up 800 kali! -err sekali pon aku tak buat..rasa jekan.. hehehe


bila tgk dia menangis sampai gulin2 kat lantai wat cite hindustan tu, hati jantung lemah rasa.. nak marah, nak babap, nak ketil, n paling penting mami rasa cam nak guling2 sekali nangis.. ya Allah tolong la dakuu...makk.. masa saya kecik dulu kuat nangis ka? huhuhu  rasanya takla kuat nangis... err mama, masa abi kecik dulu kuat nangis eh? hehehheheeh

disebab kan mami rasa tension, kepala denyut2 hari2, jantung debar2, ye lah menanguung perasaan tahan marah, kene marah, frust segala, mami nak g tenangkan diri jauh kat eropah.  errr...   mami pun penuhi la masa makan kat opis ni sambil menggugel apakah sebab n punca n cara nak membanteras sindrom nangis ni..
jawapan nya.. nan hadooo.


tapi ader satu yang menarik perhatian.. dapat dari blog qistinaolivia.


" Para ahli medis dan ahli anatomi tubuh mengatakan.. Pada otak anak kecil terdapat cairan yang apabila terus mendekam dalam otak mereka, akan menyebabkan kerosakan dan akibat yang buruk. Dengan Menangis..ia dapat menyedut cairan dari otak mereka. Dengan begitu, otak mereka akan kuat dan sehat. Demikian pula menangis dan merengek dapat melegakan saluran pernafasannya dan membuka serta melancarkan saluran keringatnya. Dengan begitu, urat syarafnya menjadi kuat. Sering kali kita lihat manfaat dan masalah menangis dan menjerit bagi anak kecil. Ternyata demikian agungnya hikmah menangis bagi anak kecil. Biasanya menangis itu penyebabnya adalah rasa sakit yang mengganggu, itu saja yg kita tahu & tak pernah tahu apakah disebaliknye terdpt hikmah dan barangkali tidak pernah terlintas dalam pikiran kita."

sumber:http://cantikfairy.multiply.com/journal/item/5/Mengapa_Anak_Suka_Menangis_Apa_hikmah_yang_Tersembunyi_di_balik_itu



arghhh walaupun tak dapat jawapan yang dicari.. namun dapat juga lah sedikit kemanisan.. huhuhu maka untuk mami.. teruskan bertabah dan bersabar.. jgn jadikan anak mangsa kemarahan.. eh?


Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Thursday, October 13, 2011

tips mendisplin kan anak kecil

nak share ni.. sy menggugel sebab sy perlukan nya.. heheheh.. anak2 kecil baya2 mia ni kalo salah bentuk parah kita. bila baca ni dapat lagi kesedaran, sy pun salah juga selama ni, huhu tu la asik nunding sana nunding sini...tak sedar 4 jari lagi hala ke diri sendiri kan!.. well jawapan standard.. saya manusia biasa .. so sekarang sy tak nak begitu lagi.. sy nak jadi manusia luar biasa.. erk nak jadi alien kah? ok piangggg..  melalut plak!


Mendisiplinkan Anak-anak Kecil Anda PDF
Panduan Keibubapaan dan didikan - Toddler
Written by Abie 

copy from blog: teratak maya
Saturday, 25 July 2009 10:31

Anak kecil anda pada usia ‘Toddler’ sememangnya menjadi jantung hati. Tetapi tentu anda tidak menyangkal, bahawa banyak kali mereka juga membuatkan anda hilang sabar. Ya betull.. tgk dia nakal sy kurang sabar, tgk dia comel2 pun sy geram.. heheheh

Anak-anak pada usia ini selalu menguji sempadan di sekeliling mereka sedikit demi sedikit. Kelakuan ini adalah kebiasaan pada usia ini supaya perkembangan minda dan fizikal meningkat dengan normal. Mereka amat teruja apabila berjaya melampaui sempadan kemampuan mereka sebelum ini. Pada banyak masa mereka mahu anda tahu pencapaian mereka setiap hari.

Kadang-kadang, ada beberapa perkara yang mereka lakukan melampaui sempadan kesabaran anda. Ada perkara yang sememangnya sempadan yang anda perlu pastikan bahawa ianya tidak dilanggar dan anak-anak anda tahu ia perlu menjauhi sempadan-sempadan tersebut sejak dari kecil. - ok noted!

Di bawah ini adalah beberapa cara memastikan anak-anak kecil anda membesar di landasan yang betul:

Anda hendaklah Konsisten 

Konsisten adalah syarat penting untuk menerapkan disiplin. Ibubapa yang tidak berpegang teguh dengan undang-undang dan hukuman yang mereka sendiri letakkan akan menyebabkan anak-anak belajar melanggarinya juga. Contohnya jika anda melarangnya dari menyakiti kanak-kanak lain, anda juga tidak patut menyakiti anak-anak anda yang lain di hadapan mereka apabila menghukum.

Jangan lupa bahawa anak-anak belajar lebih banyak melalui pemerhatian perlakuan orang-orang dewasa terutamanya ibubapa. Jadi pastikan kelakuan anda adalah perlakuan teladan. Jika anda mahukan anak-anak kecil anda menyimpan kembali mainannya selepas bermain, pastikan anda juga tidak membiarkan barangan anda sendiri berselerak. -okeh ni silap mami.. mami hanya kemas mainan je.. barang lain tak.. ok mami pon kene ubah sikap rajin kemas!! mami, sila rajin! kalo tak cubit diri sendiri!!

Hapuskan Tarikan Negatif 

Anda sudah tahu yang anak-anak kecil mahu menjelajah dunia sekelilingnya. Mereka secara semulajadi adalah insan yang penuh dengan perasaan ingin tahu, jadi adalah amat penting menghapuskan apa-apa tarikan yang negatif, kerana jika ada, percayalah mereka akan menjumpainya. Ini termasuklah TV, telefon, video dan barangan yang boleh menyebabkan tercekik seperti barang kemas, butang atau barangan kecil lain yang mereka mungkin masukkan ke dalam mulut, punca-punca elektrik terdedah, kolam-kolam atau takungan air dan pintu-pintu pagar yang terbuka serta bahan-bahan pencuci dan ubat-ubatan. -noted!

Alihkan Tumpuan 

Jika anak kecil anda sedang menuju ke arah sesuatu yang membahayakan atau bermain dengan sesuatu yang tidak sepatutnya, cakap “JANGAN” dengan tenang dan keluarkan anak anda dari kawasan tersebut atau alihkan tumpuannya denga aktiviti atau barangan lain. - mami plak JANGANNNN dan bertukar jadi kingkong!! adeh salah mami lagi!!

Adalah amat penting anda tidak memukul atau mencubit anak kecil anda. Pada umur begini, anak kecil tidak mungkin dapat memahami tindakan anda menyakitinya. Mesej yang anda tunjukkan padanya jika anda memukulnya adalah; memukul orang lain dibolehkan jika dia marah. - lagi dan lagi!,, mami please take note!! mami suka ketil mia!!

Tunjukkan Kasih Sayang 

Yang paling penting, sentiasa pastikan anak anda tahu bahawa anda sayang kepadanya walaupun pada masa-masa yang anda tidak membenarkannya melakukan sesuatu yang ia mahu. Jangan meletakkan syarat pada kasih sayang anda kepadanya atau menjadikan kasih sayang anda sebagai ugutan untuk mencegahnya dari melakukan sesuatu yang anda tidak suka. -mami sentiasa sayang mia.. tapi mami selalu ckp kat dia.. "ha buat la tu, mami tak nak sayang mia lah.." err camtu kira ugut la kan.. mami mami.. !!
Biarkan anak-anak sedar bahawa kasih sayang anda tidak akan berkurang walau apapun berlaku. Tetapi pastikan mereka tahu anda pasti marah, menghukum, atau tidak suka jika undang-undang anda dilanggari. Jangan libatkan kasih sayang di dalam isu ini. 





okey noted n mami akan cuba bermuhasabah dan bermunasarawak diri.. hehehhe mungkin selama ni asyik menunding jari, salah kan sana salah kan tv salah kan tepon, salahkan kerusi.. hahaha.. ok mami ngaku mami silap.. harap belum terlambat nak betulkan keadaan.. 


to my dear friends juga, sesama la kita ye.. heheh ni anak br sorang sy dah huru hara.. ahhaaha..
InsyaAllah kalo kita ikhlas, PASTI menjadi :D




Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Wednesday, October 12, 2011

*Dendam*

wahh heavy nye.. ahahha sejak g kursus motiasi ni kadang2 banyak pekara aku pikir.. muhasabah diri..
kita kenal dulu apa itu dendam..


Dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa.


sumber : wikipedia

rasanya semua orang sebaik2 mana pon mesti ader simpan sekelumit dendam dalam hati.. ya.. termasuk aku..
dendam pada siapa? kenapa? bagi aku dendam puncanya  dr marah .. emo la tu..

dendam akan terjadi jika aku tak dapat nak luahkan marah atau geram.. bila aku marah aku selalu menyalahkan pihak lain.. ya memang manusia begitu.. eh ye ke? ke aku sorang je.. cuba korang pikir balik
betul tak, bila kita marah, semuanya kita salah kan pihak tersebut TANPA kita duduk n muhasabah diri, apa punca sebenarnya berlaku.. jika korang buat muhasabah diri tu br akan sedar, YA ALLAH, sebenarnya aku juga salah..-walau sekelumit pun..

biasa juga bila kita marah , kita akan hamburkan segala macam kata , sumpah, maki hamun dan selalu katakan..wei..bumi ni bulat , wei roda berpusing, kadang2 kita di atas kadang2 kita dibawah..
bagi kita masa tu kita lah teraniaya, dan mengharap satu hari nanti orang yang menganiaya tu akan kene mcm kita balik.. NAUZUBILLAH.. memang doa orang teraniaya tu INSYAALLAH akan makbulkan..

tapi pernah tak korang pikir, sebab bumi ni bulat, sebab roda itu berpusing, mungkin kita tanpa sedar, sebenarnya kita dah buat pekara mcm tu kat org lain sebelum ni, dan orang tu telah berdoa dan kini kita pula teraniya.. wahh korang paham tak?
aku terpikir pekara komplikated ni (bagi aku) pagi tadi.. masa tgh drive ke opis..

Aku juga selalu, bila sesuatu yg buat aku marah, sama ada terjadi depan mata, atau kata2 yg menghasut telinga, wahh pantas aku mengamok..  iyaa aku manusia biasa selalu tanpa beri peluang untuk dapatkan penjelasan..
tanpa buat pemeriksaan, tanpa buat penyiasatan dan paling penting tanpa buat pertimbangan..

kadang2 aku tulis kat blog .. tup tap tup tap... doa itu ini.. YA ALLAH , sungguh aku lalai, apakah lebih baik aku doakan orang tu dapat kebahagian hati, ketenangan hidup, sesungguhnya aku telah hilang pertimbangan,
bila ku sedar dan baca balik hasil tulisan, amat buruk bahasa..
dan aku terpikir, bagaimana jika orang yang tak mengenali kita baca, apakah tanggapan nya.. bagaimana jika anak didik kita baca, apakah di pemikiranya, - eh aku bukan cikgu.. refer to my kids la.. bagai mana ahli keluarga kita baca, mesti dorang segan kan..

sebab kita tak tahu sapa yang singgah di teratak kecil kita ni, lebih banyak silent reader n mata-mata dr yang muncul terang2.. sama la bila kita blogwalking.. main klik je.. bila baca blog orang lain, wah sinis nye ayat, wahh gong nya dia, wah mesti dia bukan calang orang ni nak maki2 orang, --jika org tu ade hobi mcm aku (bila singgah blog seseorang dan jika aku rasa something, aku akan siasat latar belakang org tu) pernah, ya pernah aku jumpa blogger yang setiap post nya hanya tuk mencerca orang.. tapi bila aku belek2 rupanya seorang yang berilmu tinggi dan dihormati.. apekah?

memang kita selalu ckp yang blog ni adalah tempat kita luahkan segala perasaan, kawasan kita, so suka hati lah nak tulis apa, kan..tapi apa yang kita tulis tu mencerminkan diri kita.. haishh..
dapat lagi apa yang dia tulis tu perli blog2 jiran lain..sentap dengan ayat2 dr blogger jiran..kenapa nak sentap, tu kan kawasan dia.. hehehhe
mesti nak tanya kat aku plak kan, yang aku kenapa nak sibuk, tu kan kawasan dia..biar lah nak sentap ke apa kan.. takdelah, aku just nak ingat kan diri sendiri..apa yang kita tulis tu melambang kan setinggi mana akal fikiran dan ilmu kita ada. cara kita berbahasa, cara hidup kita..

wahhh tadi tajuk dendam, tapi ni dah kisah blogger plak.. ahahha.. apa aku harus tukar tajuk dendam seorang blogger? tak kena kan..  ntah kenapa terpanggil nak tulis ni.. banyak sangat input masuk kepala mungkin..
atau cuba nak kenal diri (tak terlambat kan) atau cuba nak mengimbangkan dimensi hidup..

sorry kalo ader yang sentap, bagi aku lepas2 ni kalo ader yang marah2 tak perlu lah kita nak berboombang dalam rumah kecil kita sorang2, apa kata kita set table, duduk sesama oder air pastu bincang.. cuba lakukan win win situation, kalo kita nak menang, kita kasi juga dia menang.. -- erm aku boleh ke buat ni? hehhehe.. sebab tu kata CUBA kan.. heheh kalo tak pon selemah2 iman, kita doa kan lah kesejahteraan insan tersebut dan semoga dia ketemui apa yg dia mahukan dan kita kembali mengukuh kan 4 dimensi hidup kita.. badan, otak, hati dan rohani. 

okeh.. nak tahu penerangan 4 dimensi hidup, InsyaAllah akan aku share later.. :D

p/s :feel ala2 ustazah pilihan di pagi hari.. erm dokumen lum sampai lagi ni ha.. heheh
      semoga korang berjaya dalam hidup..semoga aku juga amik iktibar atas apa aku tulis hari ni.. aminnn..


Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Friday, August 12, 2011

petua petuwi..

hehhehe nah sedikit kompilasi petua petuwi di dapor.. sumber google blog org.. hehehhe.. di campur2 dan diletak di sini...

sebenarnya nak cari cara hilangkan rasa cili pada blender jek.. hehehhe..
moh la sharing is caringg...



Elak Semut Pada Bekas Gula
Untuk mengelak semut dari masuk bekas gula,sapukan sekeliling minyak masak pada bekas gula.Insyallah masalah semut dlm gula boleh diatasi.

Mesin Pengisar Kembali Tajam
Untuk menajamkan kembali pisau mesin pengisar,kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Insyallah pisau mesin itu akan menjadi tajam.

Hilangkan Bau Cili Pada Mesin Pengisar.
Sementara itu,untuk menghilangkan bau cili dari mesin pengisar,kisar beberapa keping biskut untuk beberapa minit. Bau cili akan diserap oleh biskut.

Kentang Tahan Lama
Kentang akan layu sekiranya terlalu lama disimpan.Untuk mengatasnya,belilah kentang yang segar dan baik.Setelah itu,rendam kentang dalam air panas sebentar. Angat dan keringkan. Insyallah kentang anda akan tetap segar meskipun telah lama disimpan.

Sedapkan Ayam Goreng
Perapkan ayam bersama kunyit,halia dan beberapa ulas bawang putih yang sudah ditumbuk lumat.Tambah sedikit garam dan serbuk perasa. Biarkan beberapa minit.Goreng ayam dengan api perlahan sehingga masak dan ranggup.Lagi bertambah menyelerakan jika dihidangkan dengan nasi putih dan sedikit sayur campur.

Kelapa Parut Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi yang hangit memang tidak enak lagi dimakan tetapi jangan pula cepat dibuang.Ambil sedikit kelapa parut,ikat dalam kain putih yang bersih. Timbuskan ke dalam nasi. Perlahankan api,denga cara ini nasi boleh dimakan dan ia masak dengan sempurna.

Goreng Hati Ayam.
Sesetengah kita takut untuk menggoreng kerana percikan minyak yang panas terutama sekali apabila menggoreng hati ayam.Untuk mengelakkan ini terjadi,cubalah petua ini.Hati ayam hendaklah dibasuh bersih. Kemudian biarkan berendam dalam air perahan asam jawa seketika. Selepas itu,bilas semula dengan air bersih. Insyallah pasti hati ayam tidak meletup ketika digoreng.

Hilangkan Bau Rebung
Untuk menghilangkan bau rebung yang kurang meyenangkan,cuba petua ini. Mula-mula campurkan kira-kira satu sudu teh kapur sirih ke dalam air. Biarkan beberapa minit. Selepas itu, ambil air jernih untuk mencuci rebung.Insyallah bau rebung hilang dan rasanya enak.

Cara Meyimpan Udang
Sekiranya tidak mempunyai peti ais,tentu menjadi masalah untuk menyimpan bahan-bahan dapur khususnya bahan basah seperti udang. Tapi jangan risau,anda boleh mencuba petua ini. Langkah pertama,cuci udang sehingga bersih dan toskan sehingga airnya kering.Gaulkan udang dengan sedikit gula dan simpankan didalam bekas yang tertutup rapat. Insyallah udang itu akan tetap segar meskipun disimpan sehingga dua hari.

Mengupas Telur
Rebus telur itu dalam jumlah yang banyak. Masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah bersama kentang dalam air rebusan. Rebus seperti biasa. Pasti telur itu lebih mudah dikupas.

Bersihkan Kesan Hangus
Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam. Kemudian bolehlah digunakan untuk mencuci periuk seperti biasa.Selamat tinggal kerja-kerja menyental!

SayurKembali Segar
Jika sayur disimpan beberapa hari dalam peti ais,kesegaran sayur itu akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya,rendam sayur ke dalam air yang dicampurkan sedikit cuka selama beberapa minit. Kotoran pada sayur juga dapat dihilangkan.

Membuang Bau Ikan
Sebelum memasak apa-apa jenis ikan,perlulah kita membuang bau hanyir ikan.Caranya ialah dengan memerah limau kasturi dan lumurkan pada badan ikan selama 2 minit. Selepas itu,basuh dengan dengan bersih.Insyallah bau hanyir itu akan hilang.

Hilangkan Lumpur Pada Kerang
Untuk membersihkan satu persatu sememangnya mengambil masa yang lama. Untuk memudahkan kerja-kerja pembuangan lumpur yang melekat ini,caranya ialah dengan memasukkan kerang ke dalam besen yang berisi air dan kemudian ramas kerang tadi dengan menggunakan surat khabar. Ramas dalam masa 5-10minit dan bilas.Insyallah lumpur tadi akan hilang keseluruhannya.

Hilangkan Bau Hanyir Hati Ayam
Bersihkan hati ayam. Letakkan semua hati ayam itu ke dalam satu bekas dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaulkan. Biarkan seketika. Kemudian bersihkan dengan air sehingga tiada kesan tepung tadi. Boleh la digoreng hati tadi atau dimasak apa pun.
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Friday, June 17, 2011

Alhamdullilah..

Solat Jumaat di pusat beli-belah kredit tu forum cari.. to tongkatwaran75

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my

JAMIL KHIR (kanan) menunjukkan surat pelantikan ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Syarak Wilayah Persekutuan kepada Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Semua kompleks beli-belah dan terminal pengangkutan awam di ibu negara dibenarkan memohon untuk mengadakan solat Jumaat di surau bagi menambah kemudahan kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan bersedia melonggarkan syarat tauliah menunaikan solat Jumaat bersesuaian dengan pertambahan kepadatan penduduk di ibu negara.

“Kita membayangkan bahawa apabila Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, banyak kawasan akan dibangunkan yang menghimpunkan ramai pekerja di sesuatu tempat.


“Masjid As-Syakirin di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), contohnya, menerima puluhan ribu jemaah melebihi kapasiti meskipun telah dinaik taraf kepada 12,000 orang,” katanya.


jgn ader yang wat jemaah mencuri pick pocket suda.. kita sula itu orang..

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Thursday, June 16, 2011

Tabung Bunian

aku memang suka jalan2 kat forum cari.. terbaca kisah menarik untuk di kongsi.. kisah pasal menabung.. korang menabung? huhuh payoh kan kita nak displin menabung.. huhuhu.. kadang2 kita selalu pk.. ala cukup la.. kan da masuk kan duit dalam asb rmXX sebulan.. kan dah ptong insuran saving.. tak kan nak menabung lagi.. huhuhu-- itu yang aku selalu pk la...

tapi sejak ader mia.. huhu bagi aku duit banje dah tak bape meriah cam dulu.. hahha memang aku kaki beli barang online.. asal berkenan.. beli.. walau ntah apa2 barang tu.. hehehhe.. sekarang dah kurang la.walau kadang2 meroyan gaksss...

ni dr dalam forum cari tu dia kata cita pasal tabung bunian di dr blog rina salleh.. korang boleh baca lanjut dr situ.. aku amik sikit ja..

____________________________________________________________________
"Dulu arwah ayah kakak orang susah. Tapi dia rajin dan pandai simpan duit. Dulu arwah ayah buat rumah dari buluh. Salah satu tiang rumah ayah jadikan tabung. Jadi setiap kali dapat duit, ayah akan simpan sebahagian dalam tiang tabung tu. Tabung tu ayah namakan tabung bunian. Ayah kata sebab duit yang simpan dalam tu kita tak boleh tau jumlahnya dan tak boleh ambil. Macam bunian kita tak boleh nampak dia, sama jugak duit dalam tabung bunian ni"..
_________________________________________________________________________________________________-

so back to the main point .. cemana korang menabung? huhuh sibuk nak tahu eh.. share la.. mana tahu ader yang menariks..
sejak bulan satu hr tu.. aku berazam nak menyimpan walau sikit.. so ni ader few yang still berjaya sampai sekarang..

1. setiap hari ahad aku akan selongkar beg duit aku.. amik duit kertas rm1.. aku kumpul ikat2. bila dah tebal anta bank masuk asb atau akak opis ni hujung bulan mintak tukau tuk belanja anaknye..duit besar yang dapat aku masuk asb gaks.. ahahha
2. duit siling aku tak pakai.. so kalo ader duit siling memang akan masuk beg bila dah berat aku masuk tabung.. bila dah penuh aku masuk asb..

mesti korang pk asb aku berkepuk kan.. ahahha nan hado.. banyak gak buat belanja nak masuk @40 tu.. tapi Alhamdullilah la.. ader gak duit nak buat idaman hati kan.. hahhaha kalo ikut boros aku.. jangan harapppp.. hehehhe

oh ye bab duit siling kekadang terkantoi sebab bila bawak mia kuar dia suka naik menatang yg masuk siling 50sen dua ketul tu.. huhuhuh pastu buat muka bosan la ngantuk la.. tak kasi naik mengamuk pulaksss.. ahahahhahaha...


huhuh hasil tuaian yang belum dikemaskini.. sekarang bila dah duk sendiri hasil tuaian dah kurang sikit.. ahaks.. pepaham la yeee...



Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Thursday, April 14, 2011

info demam.. -anak anak

mia sekarang siang dia ok je.. just selsema.. tapi bila malam kul 1 mesti badan dia sangat panas.. suhu 38-39 pastu batuk2 berkahak.. semalam masa dia batuk tepuk belakang dia keluar kahak ketul2.. huhuhu..
tapi so far dia aktif n still minum susu lebih kerap dari biasa cuma tak nak makan nasi sangat.. tapi kalo bagi mee/beehon/spageti layann je tgk dia makan.. tadi survey2 info pasal demam jumpa ni.. YaALLah maaf saya lupa blog ke forum sy jumpa..
mintak halal ye share info pada tuan punya info..


INFO:


Kanak-kanak anak alami suhu tinggi berterusan, muntah mungkin petanda masalah kesihatan serius

ADAKAH anak anda sering demam? Hakikatnya, demam pada waktu malam atau siang sebenarnya sama saja. Bezanya, ibu bapa beranggapan demam malam lebih serius, apatah lagi jika anak merengek dan ibu bapa tidak dapat tidur yang mencukupi.

Demam sebenarnya reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bagaimanapun, bukan semua demam memerlukan ubat. Jika kanak-kanak itu aktif, masih makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah.

Namun, jika demam disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anak anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Pakar Runding Kanak-Kanak Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata walaupun demam malam ada kalanya simptom masalah perubatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya demam berterusan tanpa mengira siang atau malam.

“Demam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi. Pada waktu itulah demam mungkin menjadi petanda masalah lain yang lebih serius.

“Namun, demam sebagai gejala penyakit misalnya tibi, leukemia dan limfoma memiliki pola tertentu dan demam bukan hanya terjadi pada waktu malam saja tetapi waktu siang juga,” katanya.

Kata Dr Azam, demam umumnya sebagai reaksi tubuh kepada jangkitan. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus mengawal suhu badan. Hypothalamus meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan. Suhu badan yang meningkat menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan.

“Sekarang ini ramai ibu bapa yang berpendapat demam bagus kerana ia tanda tubuh melawan penyakit. Namun jika suhu badan terlalu panas, kanak-kanak berasa tidak selesa,” katanya.
Dalam keadaan ini katanya, ubat diberi untuk membantu mengurangkan panas demam tetapi masalah demam itu sendiri tidak akan selesai. Biasanya ubat demam diberi apabila panas tubuh mencecah hingga 38.5 darjah ke atas.

Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan walaupun demam bukanlah penyakit yang serius. Namun demam yang berulang-ulang disertai dengan muntah, cirit birit perlu diberi perhatian.

“Walaupun demam itu secara fisiologinya reaksi pada jangkitan tetapi jika wujud simptom lain ia mungkin komplikasi masalah kesihatan yang lain.

“Malah perlu diingat, suhu panas badan yang melampau juga boleh mengundang padah termasuk kemungkinan menyebabkan sawan dan kerosakan otak,” katanya.


Mengapa demam?


1) Jangkitan virus adalah punca paling biasa untuk banyak masalah kesihatan misalnya batuk, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Ada kala jangkitan virus boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

2) Jangkitan bakteria tidak begitu kerap menjadi punca demam. Bakteria selalunya menjadi punca masalah yang lebih serius misalnya pneumonia, masalah ginjal atau meningitis.

Apa boleh dibuat jika suhu badan terlalu panas?

1. Selain ubat demam biasa yang diperoleh dari klinik, paracetamol yang mudah didapati di pasaran juga boleh membantu menurunkan suhu badan.

2. Mandikan atau lap dengan kain basah. Namun berhati-hati kerana ada kalanya memandikan anak ketika dia demam tidak begitu sesuai kerana suhu badan turun mendadak. Ia akan menyebabkan masalah hipertorma (kesejukan kerana hilang suhu mendadak). Sebaiknya guna air suam, lap dan keringkan terus. Namun, demam yang berterusan lima hari membimbangkan kerana ia mungkin boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti RA (rhemutoid arthritis atau penyakit auto imun.

Demam yang memerlukan rawatan serius

* Kelenjar leher bengkak
* Mata merah
* Tidak fokus
* Ruam
* Muntah
* Pening kepala
* Menangis/merengek
* Sensitif pada cahaya
* Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit

p/s demam memang kesihan kat bebudak yang demam.. mak pak pun pikiran jadi celaru sehingga boleh bercakaran.. harap2 malam ni mia tak demam lagi InsyaAlllah..

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Thursday, April 7, 2011

telur tiruan.. bahaya dan cara kenal pasti

bahaya nok.. meh tgk cr dia buat.. aku dngr kat radio tadi katanya TAK HALAL ok..

sumber mokcik dapat dari CARI.com ok..




Bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat?

’Putih telur’ dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan kelihatan seperti cair yang kental dan sukar membezakannya dengan putih telur yang sebenarnya.
’Kuning telur’ dibuat dengan memasukkan dalam suatu bekas dengan
pigmen kuning dan mengabungkan cecair-cecair tersebut ke dalam
larutan kalsium klorida

Akhirnya, ‘putih telur’ dan ‘kuning telur’ dibungkus ke dalam ‘kulit telur’
yang dibuat dari kalsium karbonat.


Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada ‘kuning telur’
tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir
sama dengan telur yang sebenarnya.
Berhati-hati la, ni telor pun boleh dibuat di makmal. (telor tiruan).
China semua boleh buat….tgk gambar dibawah..
bagaimana proses buat telur palsu ini.
urrrmmmmm yummy, memang sedap buat teloq mata korbo pendek

p/s: credit tuk forumerYeOpInDiE

Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.

ohhh mari kita semak telur kita.. huhuhuhu yeawwww

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Wednesday, April 6, 2011

moh bAko!!!

ni mokcik nak share dr yahoo ni.. moh la bako kalories..

1. Limit yourself to one TV show: Watching TV is a great way to unwind. But when it comes to the tube, there's such a thing as too much downtime. The average American tunes in for 3 hours a day, which is really bad news for your waistline, especially when you consider that watching TV burns only slightly more calories than sleeping. Harvard researchers have found that every 2 hours spent watching television increases the likelihood of obesity by 23% and raises your risk of developing diabetes by 14%. Trade 1 hour of TV time for one long walk, and you can slash your obesity risk by 24% and lower your risk of diabetes by 34%.
adehh.. cemana eh kalo cite tu panjang.. heheh kompom la aku terperuk depan tv sambil ngunyah oreo choc.. muahahahhaa

2. Step it up: There's a reason an exercise machine called the Stair-Master exists: Taking the stairs is really, really good exercise! In one study, exercise scientists calculated that by taking just two more flights of stairs (up and down) each day, you could burn off 6 pounds in a year. Find excuses to make multiple trips between floors at work (using a restroom on another floor is one way) and at home.
owhh ni memang buatt.. hehehhe kat umah je.. umah dua tingkat kan.. kejap turun kejap naik.. dapat lagi mia suka main kat tangga..- ader can kurus ni..:))

3. Walk the halls at work: When you're stuck for ideas at work, get up and walk the halls. Stand and stretch during phone calls. Twice a day, get up and walk to talk to a colleague instead of e-mailing. Stanford University researchers calculated that if you were to walk across your office building and back to talk to a coworker instead of spending the same 2 minutes e-mailing, you could spare yourself 11 pounds over 10 years--effectively avoiding the "midlife spread."
owh aku tak suka yang ni. sebab aku ak suka g nyibuk tempat orang.. hahah lagi satu aku tak tau nak borak pe sebab selalu masalah bahasa di sini..-mcm keje kat uganda plak

4. Stand at your desk: Here's a very simple move that every office worker can do: Stand up. Sitting at your desk for an hour burns 63 calories. Standing burns 127, twice as many. If you have a cordless phone, you might even be able to pace a bit, just to get the blood flowing even more. Many workplaces are now offering drafting-style tables and high chairs for office workers, which gives you the option of working on your feet most of the day and sitting down to take breaks (instead of the other way around--standing when you need a break). Ask your human resources manager about them. You'll be surprised how much more energy you have when you spend your day on your feet rather than in your seat.- moh la menongeng pas ni wat keje,,,

5. Get on the ball: Sit on a large stability or Swiss ball while checking e-mail in the evening. It's an easy way to engage all of your muscles for 15 to 20 minutes. You might even be inspired to do a few stretches and crunches after you log off.
i have no balls.. muahahahha

6. Fire the maid and gardener: All those services that you hire to make your life easier can also end up making you heavier. Small daily tasks, like weeding the garden, mowing the lawn, trimming hedges, and cleaning house, can add up to an aerobic workout. In a 2-year study of 230 overweight and inactive men and women, researchers at the Cooper Institute, an aerobics-research organization in Dallas, found that those who spent 30 minutes a day raking the lawn, taking the stairs, and walking from far spaces in parking lots achieved the same improvements in fitness, blood pressure, and body fat as those who went to the gym for vigorous exercise 20 to 60 minutes at a time, 5 days a week.
aku tak de pon.. tapi tak lama lagi aku la yang akan jadi maid n gadener di teratak sendiri.. hahahha sekarang kan duk numpang lagi.. maka dapat la khidmat tu wat masa ni.. ---err tq k. pipin ... hehhe without u.. imy life will be disaster.. hahhahah afta dis kene belaja wat sume sendiri :D

7. Prep yourself slim: Cooking is a great wayo burn calories. Slicing, dicing, and braising burns twice as many , in fact, as calling your Chinese takeout place. Because you're in charge of the ingredients, cook with metabolism-boosting ingredients like those from the Active Calorie Diet. Limit takeout and delivery to two meals a week, tops
im incharge? do u trust me? cheesee pleaseee!!!.

8. Consider a stepper: Office workers are ideal candidates for a portable mini stepper like the Stamina InStride Electronic Mini Stepper--essentially, just two small Stair-climber -like pedals without the giant machine attached. Research from the Mayo Clinic found that workers who used these clever step devices while making phone calls or answering e-mail burned an extra 290 calories an hour--enough to burn off more than 40 pounds over the course of a year if they used the machines just 2 hours a day. The strategy is a little unconventional but worth considering. The stepper is relatively inexpensive and small enough to slide under your desk when you're not using it. Stepping is also something you can do while watching TV at night.
ish duit lagi..

p/s buat je la mana yang mampu.. bukan la nak keja kurus mcm bini beckham.. dapat mcm rozita cik wan jadi la.. muahahhahaha

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Wednesday, January 19, 2011

hidangan si cilik

credit to: puan ANfaal

lately ni aku ader masalah ngan mia.. heheh bukan masalah pe.. tapi bersar la jugak.. dia tak nak minum susu.. adeh.. masalah besar tau.. kalo kita kasi dia susu nangis2 dia tak nak.. tapi minum air kosong laju je pulak..

bukan tak nak tukar susu lain.. tapi mia kan limited edition.. heheh dia alah susu lembu.. dah try kasi yang lain2 bengkak2 muka anak ku itu.. pastu ader try susu soya lain.. sama gak nangis2..

pastu tanya la kat SIL.. owh sekarang dia bertugas kat wad kanak2 h.Kajang.. dia kata normal.. kekadang bebudak ni boring nak minum susu.. so bagi dia makan makanan berkhasiat lebih sikit..

owh damia amat suka makan tau.. apa saja sume dia makan.. nampak je orang bawak pinggan dia dah ikut da.. follow je sampai orang suap dia.. tak pun paling haru dia panjat lemari beskut atok dia.. adehhh..

so tadi kat pesbuk ade membe tepek gamba buku tu.. sepantas kilat sy menggugel.. n jumpa la blog jual buku tu.. harga rm14.90 pos rm4.50 .. ha nak ckp la tu kalo beli kat kedai buku lg murah..

ye la murah.. tapi tak dan la... nak bawak kete minyak kete, parking fare, fun fare.. hahha ingat da masuk soping kompleks tu mata ku hanya bole tgk buku tu je.. hahahha kompom yang tak berkenan akan aku seret sekali..

back to stori.. maka aku oder la kat Puan Anfaal.. tu.. InsyaAllah lusa tulat sampai.. sebab esok cuti kan.. heheheheh... InsyaAllah juga aku akan cuba mana2 resepi yg sesuai untuk mia.. hehehhe

dah la nak share tu je..

oh ye ader cadangan lain tak nak bagi mia minum susu lain? huhuh trimas in advance

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Tuesday, January 18, 2011

serius aku prasan.. hahahha sharing is caring k-testimoni

hahahha gamba afta tu br je aku amik 10 min tadi kat toilet opis.. terkenang aku ader gamba lama zaman dempol dulu.. hahhha.. la ni tade la slim mcm retis kan.. tapi ader la perubahan n bagi aku sekarang adelah maintain n kalo turun lagi few kg pun Alhamdullilah..

baju yang sama.. gamba before tu gamba tahun lepas dalam bulan 11 gitu.. kebetulan hr ni pakai baju sama.. sowi la gamba kabur.. pakai hp bb (blueberry) hahahhaha... yang terang benderang tu pakai dslr.. heheheh..

adeh.. ikutkan baju i pakai ni kalo dulu asik nak tarik2 repair sebab ketat.. hahah la ni cehhh jalan kalo kene tiup angin.. nampak susuk tubuh.. adeh malu sendiri...

ok..nanti kalo ader gamba lebih elok sy upload lagi..

hanya green apple diet tea..
0193333806/diera_n@yahoo.com

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Friday, December 24, 2010

kenapa aku benti main game online!


Penagih Internet bunuh anak

SEOUL: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki membunuh anaknya selepas kepenatan melayan permainan video di Internet, kata polis semalam.
Kejadian di bandar Cheonan itu adalah yang ketiga membabitkan masalah ketagihan permainan video Internet dilaporkan di Korea Selatan.

Dikenali hanya sebagai Kim, polis berkata, wanita itu menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari bermain video sehingga segala kerja rumah dan tugas menjaga dua anaknya diabaikan.

Seorang jirannya berkata, keadaan dalam rumah Kim, 27, tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah.

Kadang-kadang, katanya, anak Kim menangis sehingga berjam-jam tetapi masih gagal mendapat perhatian wanita terbabit.

Menurut polis, Kim membelasah anaknya dan mencekik anaknya yang baru berusia tiga tahun itu kerana budak terbabit kencing di lantai.

Perbuatan budak itu, kata polis, dianggap Kim mengganggu tumpuannya kepada permainan di komputer.

“Kim bengang kerana baru saja mahu berehat selepas berjam-jam di depan komputer apabila budak terbabit kencing,” katanya.

Selain mangsa, seorang lagi anak Kim baru berusia setahun.

Selepas membunuh budak itu, Kim membiarkan mayat berkenaan selama tiga hari sebelum iparnya mendapat tahu dan memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Menurut sumber, selain berjudi, Kim leka menguruskan ‘haiwan maya’ di Internet. - AFP

oh apa nak jadi.. aku pun takut gak.. tapi tade la sampai bunuh2.. huhuhu.. memang leka melayan mendalah tu.. pastu kalo orangkaco kan selalu naik angin kan.. huhuhuhu..

daripada aku biar anak aku nangis, laki aku muncung.. baik aku tak melayan game tuh.. main kejar2 ngan mia lagi bagus! leh kurus!! hahahahhaa

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Monday, December 6, 2010

Tutorial nak dapatkan anak -betul punya

ha.. marah nampak.. hehhehe kali ni nak kasi tutorial dapatkan anak.. hehehhehe.. marah betul ngan entri hari tu eh.. heheheh.. ok la kali ni kasi tutorial baik punya.. ni kawan @ neber @ kedai butik @ teman mepek @ apa2 aja la dia ni pada saya.. hehehhe
tgk punya la baik dia.. dia tolong cari kan info untuk u all..
so kepada sesiapa nak menambah.. jom..

jom? eh aku sekali ke? muahahha.. ades..

apa2 je lah.. mari lah kita duk jenguk blog dia...

boleh tukar tajuk? ahahhahaha




Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Tuesday, November 9, 2010

Spammer-- tertipu---


yakin sangat mesti ader je orang lain dapat email cenggini.. adoyai.. hari2 aku dapat..
sekurang2 nye 3.. kalo seminggu aku tak cek email..+- 20 email mcm ni dr lain2 sender..

tapi aku tak paham.. masih gak ader yang tertipu..
nak kasi tips la kat sesapa je yang baca..

1.cek sender sapa kasi email tu..
2. jgn terus je nak login2. dr url dia kasi tu.. kan tak sama dr url maybank/bank lain
3. paling penting.. bank tak anta email la... hahhaha..
adoyai.. jgn terus percaya ek.. jgn la percaya.. tapi kalo anda dihubungi konon nye pegawai bank
sila la amik langkah.. kalo ader rasa ragu2.. sila pergi semak di cawangan bank tersebut..

jgn simply bagi no acc, no password n segala no kat orang bukan yang berkenaan..
to me.. kalo ader yang call sy akan ckp.. i'll go to ur branch dis afternoon.. hmmm

ok. tarik nafas dalam2.. n lepas.. huh...

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Thursday, November 4, 2010

jom kawen sambil belari..

sumber google


adeh.. aku nak share topik ni.. aku ni silent reader kat forum Cari ye.. tak bole nak register nak komen.. so aku komen kat blog aku.. ni masalah budak tu..

"ok..aku sbnr nye ade msalah n keliru..
mmbr aku ade bg cadangan tok aku kawin kt siam..ni bkn kawin lari ok...
bkn nye fmly aku o bf aku xrestu..tp ktorg nk halal kan hubungan nih..
nk kawin kt cni duet xcukup lg..saving 2 mmg ade tp XCUKUP..
ofcoz fmly aku nk bt kenduri besar cket sbb aku ank bongsu..
ni kndri kawen last dlm fmly aku la sbb adik bradik laen da kawen sume..
n ktorg plan nk bt kenduri kt cni bile duet da cukup..

aku da tnye bf aku die setuju je..
tp banda nih ktorg akn rahsia kan n xde sape pon tau selain kwn2 rapat..
tp aku masih keliru..antara yg jdi tnda tnya aku:-

1. sah ke kalo kawen kt siam nun...
2. kalo aku terpregnant pulak cm mane??ank 2 bleh daftar kt cni ke??
3. kalo nk bt akad nikah skali lg kt cni boleh ke??o jus terus g daftar je..tp kalo daftar kena denda kan..

so tolong la jwb kan persolan2 nih..."

adeh.. berat sungguh masalah mu ni.. tak pk ker mak ayah.. huhuhu nak pk nak kawen kat sana bukan nye senang.. mana ko nak cari wali.. ko ingat murah ke? ko tau tak akibatnye bila dah balik sini.. tak baca ke kisah artis jelita n menteri itew.. ha kan nyaris nak kene penjara.. .lu mau kah...

tu komen ku yang pertama.. banyak gak orang komen yang tak menyokong tindakan adik ni.. huhuhu..
sume bagi nasihat dan segala hukum hakam pun keluar.. n dia balas balik...


"ok thanx sume sudi reply...
aku kawen bkn sbb gersang sgt da...
aku takot terjebak dgn zina..
da la aku ni byk dosa laen..
bf aku baek..die mmg nk bimbing aku...
aku cuma nk halal kan hbgan ktorg...

tp aku xnk sape2 pon tau yg aku da kawen even fmly aku..
sbb 2 nk kawen kt siam..

korg rase better aku kawen kt siam o bt zina n ngandung ank luar nikah...
mane lg malu??
kalo nnti pas kawen kt siam nun ttba aku ngandung pon de jugak bukti yg aku da kawen..

aku rase xde fmly yg akn marah kalo tau kite da kawen..
tp sedih 2 ttp ade la..
bt bnda baek pon xkan mrh kan..

aku akn bt jugak majlis kt cni bile da ckup duet..

nk nikah kt pjbt kadi kt cni proses byk..
kena g kusus kawn, cari saksi wali sume..
nnti abs la terbongkar cite aku kawen..
aku xnk sape2 tau aku da kawen.."

aku nak balas... WTFish tul la .. huhuh lu pikir la sendiri.. wa malas nak komen..
wat malu mak ayah je.. harap2 jauhkan la ku dan ahli keluarga ku dr perilaku begini..
bawak2 la berbincang dengan keluarga..
apa kata juri?

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...