mari memfollow.. kengkawan.. kalo sy tak follow balik let me know ehh..

senyumm

Promosi Keahlian 2011

Wednesday, August 17, 2011

hiasan hari raya..

wahhh kejap je dah nak masuk 17 hari pose.. orang bangunan kerajaan lain sibuk menghias untuk merdeka.. tebar bendera besar bas sekolah keliling bangunan, opis aku plak sibuk nak beraya.. ahahahha

sebenarnye belum abis menghias lagi.. baru je gantung2 ketupat.. ahahahha.. aku je eksaited lebih..ngeee..sume gambar amik dr work station aku je,, hahha tak gerak pun maleh nak bangun, yang pusing2 kerusi jekk.. ahahhaa


  ni pandangan depan meja.. huhuh mana tah akak jiran depan tu.. sejak dia masuk tak duk situ punn
err aku pun malas nak amik tahu.. muahahhaha

 yang ni plak belah kanan, huhuh bila nak gantung lampu lip lap niii.. buh pelita keee..

 yang ni belah kiri.. hampaihh masa aku amik gamba dia tak buka plak lampu lip lap.. 
dah upload br dia buka..

 hat ni projek malam tadi.. ahahha pasang pelita kat umah..

kemain besar api dia.. cuak gak..

budak yang paling happy. dia punya jerit masa aku pasang pelita tu.. hehehhe sampai jiran pun tinjau.. hehehe
pasang 5 je pelita.. konon nak test la.. hehehhe.. malam ni nak pasang semua sekali.. err seploh lah kiranya.. hehheeh.. seronok bila tgk mia belari2 happy n jerit2 bila tgk pelita tu.. huhuh kamu happy.. mami lagi happy sayang!

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Friday, August 12, 2011

tempahan dibuka-entri melekat.. yg terbaru sila kebawah..




100% homemade.. boleh tempah pada saya.. 


Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

petua petuwi..

hehhehe nah sedikit kompilasi petua petuwi di dapor.. sumber google blog org.. hehehhe.. di campur2 dan diletak di sini...

sebenarnya nak cari cara hilangkan rasa cili pada blender jek.. hehehhe..
moh la sharing is caringg...



Elak Semut Pada Bekas Gula
Untuk mengelak semut dari masuk bekas gula,sapukan sekeliling minyak masak pada bekas gula.Insyallah masalah semut dlm gula boleh diatasi.

Mesin Pengisar Kembali Tajam
Untuk menajamkan kembali pisau mesin pengisar,kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Insyallah pisau mesin itu akan menjadi tajam.

Hilangkan Bau Cili Pada Mesin Pengisar.
Sementara itu,untuk menghilangkan bau cili dari mesin pengisar,kisar beberapa keping biskut untuk beberapa minit. Bau cili akan diserap oleh biskut.

Kentang Tahan Lama
Kentang akan layu sekiranya terlalu lama disimpan.Untuk mengatasnya,belilah kentang yang segar dan baik.Setelah itu,rendam kentang dalam air panas sebentar. Angat dan keringkan. Insyallah kentang anda akan tetap segar meskipun telah lama disimpan.

Sedapkan Ayam Goreng
Perapkan ayam bersama kunyit,halia dan beberapa ulas bawang putih yang sudah ditumbuk lumat.Tambah sedikit garam dan serbuk perasa. Biarkan beberapa minit.Goreng ayam dengan api perlahan sehingga masak dan ranggup.Lagi bertambah menyelerakan jika dihidangkan dengan nasi putih dan sedikit sayur campur.

Kelapa Parut Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi yang hangit memang tidak enak lagi dimakan tetapi jangan pula cepat dibuang.Ambil sedikit kelapa parut,ikat dalam kain putih yang bersih. Timbuskan ke dalam nasi. Perlahankan api,denga cara ini nasi boleh dimakan dan ia masak dengan sempurna.

Goreng Hati Ayam.
Sesetengah kita takut untuk menggoreng kerana percikan minyak yang panas terutama sekali apabila menggoreng hati ayam.Untuk mengelakkan ini terjadi,cubalah petua ini.Hati ayam hendaklah dibasuh bersih. Kemudian biarkan berendam dalam air perahan asam jawa seketika. Selepas itu,bilas semula dengan air bersih. Insyallah pasti hati ayam tidak meletup ketika digoreng.

Hilangkan Bau Rebung
Untuk menghilangkan bau rebung yang kurang meyenangkan,cuba petua ini. Mula-mula campurkan kira-kira satu sudu teh kapur sirih ke dalam air. Biarkan beberapa minit. Selepas itu, ambil air jernih untuk mencuci rebung.Insyallah bau rebung hilang dan rasanya enak.

Cara Meyimpan Udang
Sekiranya tidak mempunyai peti ais,tentu menjadi masalah untuk menyimpan bahan-bahan dapur khususnya bahan basah seperti udang. Tapi jangan risau,anda boleh mencuba petua ini. Langkah pertama,cuci udang sehingga bersih dan toskan sehingga airnya kering.Gaulkan udang dengan sedikit gula dan simpankan didalam bekas yang tertutup rapat. Insyallah udang itu akan tetap segar meskipun disimpan sehingga dua hari.

Mengupas Telur
Rebus telur itu dalam jumlah yang banyak. Masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah bersama kentang dalam air rebusan. Rebus seperti biasa. Pasti telur itu lebih mudah dikupas.

Bersihkan Kesan Hangus
Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam. Kemudian bolehlah digunakan untuk mencuci periuk seperti biasa.Selamat tinggal kerja-kerja menyental!

SayurKembali Segar
Jika sayur disimpan beberapa hari dalam peti ais,kesegaran sayur itu akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya,rendam sayur ke dalam air yang dicampurkan sedikit cuka selama beberapa minit. Kotoran pada sayur juga dapat dihilangkan.

Membuang Bau Ikan
Sebelum memasak apa-apa jenis ikan,perlulah kita membuang bau hanyir ikan.Caranya ialah dengan memerah limau kasturi dan lumurkan pada badan ikan selama 2 minit. Selepas itu,basuh dengan dengan bersih.Insyallah bau hanyir itu akan hilang.

Hilangkan Lumpur Pada Kerang
Untuk membersihkan satu persatu sememangnya mengambil masa yang lama. Untuk memudahkan kerja-kerja pembuangan lumpur yang melekat ini,caranya ialah dengan memasukkan kerang ke dalam besen yang berisi air dan kemudian ramas kerang tadi dengan menggunakan surat khabar. Ramas dalam masa 5-10minit dan bilas.Insyallah lumpur tadi akan hilang keseluruhannya.

Hilangkan Bau Hanyir Hati Ayam
Bersihkan hati ayam. Letakkan semua hati ayam itu ke dalam satu bekas dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaulkan. Biarkan seketika. Kemudian bersihkan dengan air sehingga tiada kesan tepung tadi. Boleh la digoreng hati tadi atau dimasak apa pun.
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Wednesday, August 10, 2011

sendu sedan bulan puasa

salam..

10 ramadhan sudah.. heheheh sume orang citer menu berbuka menu sahur.. tak lupa yang marah, merungut pasal  rege mahal kat param.. harga tak munasabah.. dan macam2 lagi.. sehingga ke hari ni aku masih berjaya menahan diri dr ke param..

kenapa? sebab aku tahu kalo aku pergi, akan beli selagi ada duit dalam purse.. hahhaha nafsu oiii nafsuu...
takat ni aku masak je.. menu? usah la cakap.. ayam percik, daging salai, ketam bakar, sume tade.. ahahhahaa..

yang ada, nugget, bihun bodo, lempeng, air kosong --err ni satu menu satu hari ja taw..
bukan apa.. aku masak beriya pun ..buka dengan mia jugak.. mia bukan nak makan sangat.. kul 8 kang mula la dia mintak mee..

aku plak da tak lalu nak makan mee..
heheheh tekak nak makan mcm2 tapi en suami balik kerja n kelas lambat.. aku pk kalo aku masak bersungguh bila dia balik nanti bukan dia nak makan pon.. simpan tuk sahur.. huhuh
tu la.. harap2 ni tahun terakhir aku kesunyian waktu berbuka.. moga Abi lekas abis belaja.. n dapat kerja dekat-dekat umah ke putrajaya ke..

tak kisah la mami kene terkocoh kacah balik masak, janji leh makan ngan abi ngan anak2.. ermmm anak2?
ye la mana la tahu tahun depan mia dapat adik.. ye tak..
nak dapat tahun ni tak sempat dah.. hehehhe masih proses mengeram.. hahahha rindu plak kawan2 kat tampin.. dorang yang aja , ayat mengeram tu.. muahahhaa

ok lah.. entri langsung tak kena tajuk..
cuba carik semangat untuk merajin berblog semula,,

selamat berbuka korang..
sempat lagi nak tempah almod coklat tart


Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Tuesday, August 9, 2011

Pentingkan diri sendiri..

Iya..aku seorang yg pentingkan diri sndiri..maafkan mami sayang..
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Macam-macam Abi #1

hari ahad hari tu mami buat puding instant perisa manggo .. sebagai hiasan  tambah la buah anggur sebab ader banyak anggur dalam peti ais...

malam tu abi ngan mia makan la ngan meriah sekali..

mami: miaaa ni nama dia agar2 manggur.. (dengan niat nak ajar anak cakap)

mia:   huhhh.. gurrrr.. ( dapat yang hujung je..)

abi plak makan tak benti2..

mami: abi apa nama agar2 ni?

abi: agar kasih bersemi selamanya.. (ngan muka selamba) .. nak lagiiii..

mami: dah abis...


hahhaha suweet jugak abi ni ye...
nak lagi? nanti senang sy beli lagi instant aja.. ahahhaha..
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Thursday, August 4, 2011

Macam macam mia..

Mami: siapa nama?
Mia: Damiiiya
Mami: Damia Zu-lai-kha...
Mia: sape tu?


Adoi anak dara ku ni..lucu amat kamu ni..

Salam ramadhan semua..
Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...