mari memfollow.. kengkawan.. kalo sy tak follow balik let me know ehh..

senyumm

Promosi Keahlian 2011

Monday, April 18, 2011

mia gosok gigi..

nah ni gamba budak kecik gosok gigi tanpa ubat gigi... heheh penat gak nak ajar.. tiap kali mami gosok gigi bawak dia tengok sekali.. memula dia takut ngan berus gigi.. pastu kita beli la berus comel2.. buat2 la sepah.. pastu dia kutip dia tiru la apa kita buat.. heheheh


cara pegang gini ami tak aja ok.. dia je pandai ala2 pegang mikrofon mas idayu sudey.. adeh anak dara makcik nii..

hehehhe sengih pas kita puji dia.. apa2 la yang.. janji awak dengar cakap mami ngan abi.. heheheh..


dia marah berus gigi tu sbb bulu nya cabut..mana tak nya dia yang gigit.. hahhaha tapi sangat kelaka.. masa dia marah berus tu..


p/s: ubat gigi brand apa yang sedap n boleh ditelan tuk bebudak?









Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

budak demam nak jadi pemain piano ke..


damia dah seminggu demam.. tapi demam dr pukul 1 pagi sampai 3 pagi.. masa tu badan dia panasss sangat.. huhuhu.. bila siang dia ok.. just badan dia dedau je la.. klinik dah pegi 2 kali.. jaram dah hari2.. huhuhu dah kurus dah dia.. makan tak nak sangat.. mak dia juga naik berat sebab asik abiskan makanan mia.. hahahaha.. adushh susah hatii.. kalo malam ni demam lagi nak bawak dia jumpa doktor pakar lah esok.. ader sugestion anyone?


dalam demam2 tu siang dia lasak bermain.. huhuhu dia dah boleh panjat kerusi ni.. tapi masa tu dalam pengawasan abi la kan.. huhuhu bahaya weh kalo jatuh.. ingat panjat nak buat apa.. oh agak nye dia rindu kat mak su dia kat ireland sana.. mak su pun tak sihat.. dulu2 masa maksu ader maksu penah main ngan mia kat piano ni.. nanti mak su balik aja mia main ye..

tengok tu.. sebelah tangan pun boleh main.. hehehhehe.. skill dah ader.. knowledge tunggu maksu ke makteh ke mak lang ke.. abi ke .. hahah pak long nak aja pun bole.. mami tak tahu ok..

semoga anak ami cepat sembuhh.. huhuhu jgn la sakit sayang.. huhuhu tp ader gak keajaiban masa dia tak sihat ni.. dia lebih cepat pickup.. n banyak perkataan baru keluar.. Alhamdullilah.. nenek melaka kata demam nak petah cakap ni.. InsyaAllah..




Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Friday, April 15, 2011

Green Apple Diet Tea -new testimoni..

sila klik tuk tumbesaran.. :D

ha.. nampak tak ader testimoni dr JANE.. oh sy tak smpi lagi menjual pada minah saleh..
ni ahli dcl dr serdang..
sebelum tu dia cari saya di kedai.. tapi saya takde.. tengok ader pesanan SWEEt di blog..

ha tak sampai sekotak dia boleh turun 3KG..
terus oder lagi..

kalo kita bersungguh nak lakukan sesuatu..
kita lakukan..
tiada istilah.. esok lah sy nak mula diet..
mula kan hari ni..


hubungi saya untuk nak dapatkan GADT terhangat di pasaran..

boleh klik link ni untuk tengok pakej promosi dan testimoni..

ader trial pek.. setiap trial pek ader misteri gift..


diera_n@yahoo.com - ym/email
0193333806
dieradcl@gmail.com -gtalk/email





Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Thursday, April 14, 2011

info demam.. -anak anak

mia sekarang siang dia ok je.. just selsema.. tapi bila malam kul 1 mesti badan dia sangat panas.. suhu 38-39 pastu batuk2 berkahak.. semalam masa dia batuk tepuk belakang dia keluar kahak ketul2.. huhuhu..
tapi so far dia aktif n still minum susu lebih kerap dari biasa cuma tak nak makan nasi sangat.. tapi kalo bagi mee/beehon/spageti layann je tgk dia makan.. tadi survey2 info pasal demam jumpa ni.. YaALLah maaf saya lupa blog ke forum sy jumpa..
mintak halal ye share info pada tuan punya info..


INFO:


Kanak-kanak anak alami suhu tinggi berterusan, muntah mungkin petanda masalah kesihatan serius

ADAKAH anak anda sering demam? Hakikatnya, demam pada waktu malam atau siang sebenarnya sama saja. Bezanya, ibu bapa beranggapan demam malam lebih serius, apatah lagi jika anak merengek dan ibu bapa tidak dapat tidur yang mencukupi.

Demam sebenarnya reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bagaimanapun, bukan semua demam memerlukan ubat. Jika kanak-kanak itu aktif, masih makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah.

Namun, jika demam disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anak anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Pakar Runding Kanak-Kanak Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata walaupun demam malam ada kalanya simptom masalah perubatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya demam berterusan tanpa mengira siang atau malam.

“Demam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi. Pada waktu itulah demam mungkin menjadi petanda masalah lain yang lebih serius.

“Namun, demam sebagai gejala penyakit misalnya tibi, leukemia dan limfoma memiliki pola tertentu dan demam bukan hanya terjadi pada waktu malam saja tetapi waktu siang juga,” katanya.

Kata Dr Azam, demam umumnya sebagai reaksi tubuh kepada jangkitan. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus mengawal suhu badan. Hypothalamus meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan. Suhu badan yang meningkat menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan.

“Sekarang ini ramai ibu bapa yang berpendapat demam bagus kerana ia tanda tubuh melawan penyakit. Namun jika suhu badan terlalu panas, kanak-kanak berasa tidak selesa,” katanya.
Dalam keadaan ini katanya, ubat diberi untuk membantu mengurangkan panas demam tetapi masalah demam itu sendiri tidak akan selesai. Biasanya ubat demam diberi apabila panas tubuh mencecah hingga 38.5 darjah ke atas.

Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan walaupun demam bukanlah penyakit yang serius. Namun demam yang berulang-ulang disertai dengan muntah, cirit birit perlu diberi perhatian.

“Walaupun demam itu secara fisiologinya reaksi pada jangkitan tetapi jika wujud simptom lain ia mungkin komplikasi masalah kesihatan yang lain.

“Malah perlu diingat, suhu panas badan yang melampau juga boleh mengundang padah termasuk kemungkinan menyebabkan sawan dan kerosakan otak,” katanya.


Mengapa demam?


1) Jangkitan virus adalah punca paling biasa untuk banyak masalah kesihatan misalnya batuk, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Ada kala jangkitan virus boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

2) Jangkitan bakteria tidak begitu kerap menjadi punca demam. Bakteria selalunya menjadi punca masalah yang lebih serius misalnya pneumonia, masalah ginjal atau meningitis.

Apa boleh dibuat jika suhu badan terlalu panas?

1. Selain ubat demam biasa yang diperoleh dari klinik, paracetamol yang mudah didapati di pasaran juga boleh membantu menurunkan suhu badan.

2. Mandikan atau lap dengan kain basah. Namun berhati-hati kerana ada kalanya memandikan anak ketika dia demam tidak begitu sesuai kerana suhu badan turun mendadak. Ia akan menyebabkan masalah hipertorma (kesejukan kerana hilang suhu mendadak). Sebaiknya guna air suam, lap dan keringkan terus. Namun, demam yang berterusan lima hari membimbangkan kerana ia mungkin boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti RA (rhemutoid arthritis atau penyakit auto imun.

Demam yang memerlukan rawatan serius

* Kelenjar leher bengkak
* Mata merah
* Tidak fokus
* Ruam
* Muntah
* Pening kepala
* Menangis/merengek
* Sensitif pada cahaya
* Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit

p/s demam memang kesihan kat bebudak yang demam.. mak pak pun pikiran jadi celaru sehingga boleh bercakaran.. harap2 malam ni mia tak demam lagi InsyaAlllah..

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

tension

jom terjun .....

















swimming pool


Kau membuat ku berantakan
kau membuat ku tak karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolakku acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

Reff:
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
tak sadarkah kau telah menyakitiku

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

mimpi ngeri!!


terkedu aku.. mimpi en suami kawin lagik ngan some one i know n pempuan tu plak dah berlaki tapi berpisah kerna tak sehaluan.. dah la hantaran dia dalam 80K++ n encik suami tak kisah pon..

yang masalah berat tu aku plak g pinangkan.. adehh.. pastu aku tanya en suami.. abih tu saya cemana? dia ckp.. dah tu sapa nak jaga mia nanti.. awak duk je umah masak!.. erhhh?? apekah?

huhuh harap itu semua mimpi ngeri sahaja.. untuk en suami.. saya sayang awak.. sy harap awak tak buat sy n mia cenggitu k.. sangat ngeri taw..

kalo sy buat salah sy mintak maaf.. kalo awak buat salah plak sy dah maafkan.. hmm..
sharing is caring.. ok!.. tapi sy tak mao share suami saya..

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Wednesday, April 13, 2011

mamimia bersukan.. -edisi seram


hahahah seram tak seram la jugakkk.. ni kisah jumaat lepas... ader latihan nye 3 hari sajok.. hahahha pada awalnye mamimia join untuk mengisi kekosongan bangku simpanan.. heheheh.. saja la nak test kasut baru yang dibeli oleh abi mia kan.. hehhehe..

masa training plak.. mami mia ditempatkan sebagai. striker.. wahh hebat.. katanya pandai cilok bola n laju..-- part ni tak tahan ok.. mamimia laju.. sila gelak sampai jatuh meja..
tibanya pada hari perlawanan.. first game mamimia disimpan dulu.. cecece konon nak simpan striker 'laju' hahhahaha nak masuk second half.. tapi awal2 tu kami dah bolos 2.. hahahhaah..
keeper terkejut.. n tah mcm mana mamimia emo terus kata.. boleh sy jadi keeper?

tak malu ok mintak nak jadi keeper.. hahahaha.. mula la tugasan mami mia sebagai keeper..
second half tu mami mia tade bolos kan sebarang gol masuk gawang.. namun kami kalah 2-1 sebab yang awal2 tadi...

next game.. mami mia jaga lagi.. menang ok.. 2-0 hehhe tak bolos.. ha dah start glamer dah.. punya la merelakan diri jatuh2 nak tangkap bola.. ehehhehe...

third game.. kami menang 3-1 hehehhe terbolos satu.. sebab mami mia dah lost konfiden.. penat tauu.. huhu org lain main keluar masuk mamimia sorang jee.. tak tuka2.. ilang konsentrasi..

game ke -4.. paling dasat.. lawan ngan team BPP... muka meke garang2 stok pro gitu.. siap ngan suar pendek segala.. hahah permainan emosi.. mami mia gerun ngan striker die.. n terlalu letih+ ilang fokus.. amik ko.. kalah 3-0.. hahhahaha

last game.. huhuh setelah melempang diri sendiri.. untuk mengekal kan fokus.. dan berfikir nak balik cepat nak jumpa mia.. mami berjaya mempertahan kan gawang.. kami menang 2-0..

keseluruhan kami menang tempat ke 3 .. hehehhehe
walaubagaimana pun mamimia berbangga kerna mami main futsal 4 game setengah tanpa ganti!!

hebatt!! kembang kuncup hidung.. sapa kata jadi keeper tak penat.. tak caya tanya kfcm.. hahhaha dah nak geng ngan dia skang ni.. sapa tak kenal kfcm kasihan..

layan la gamba tak bape gamba ni.. paparazi tak suka saya kot.. tak banyak gamba yang sy ada..


ha.. yg free hair tu bukan mamamia.. yg terbalik menunjukan kelebaran baju no 9 tu saya!
tengokk.. akakkk juga paling hujung.. hahhahah ..

akakk juga tersepittt celah tgn orang,,


Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...