1) cik orientasi
insan begini adalah samada benar2 baik hati atau kepocit. setiap pekerja baru seolah2 tanggungjawabnya untuk memberi pengenalan tentang setiap perkara. mereka adalah manusia pertama yang akan ringan mulut dan menegur anda.
dalam kurang dari 5 minit, semua diajar. cara guna mesin fotokopi, cara betulkan ketinggian kerusi, cara cuci pinggan di pantry. tidak ketinggalan, seluruh umat di dalam dan luar pejabat, dari jawatan paling kecil sehingga paling besar akan kamu kenal, semata2 dari elaborasi terperincinya.
"yang hujung belakang itu kak pah, yang itu cik pora, yang sinu itu mat kodeng"
perbualan satu hala (dan sekali-sekala kamu sekadar "iye. iye." atau "ooo..." atau "ye ke...") itu tidak tamat dengan mudah. cik orientasi biasanya akan terus menyambung cerita tentang suami kak pah, rahsia katil cik pora dan perempuan simpanan mat kodeng, bagaimana tidak mahu tahu pun kamu.
mereka ini juga tergolong dalam perencana tidak rasmi. apalagi kalau disedari ada satu dua persamaan kamu berdua.
"awak tinggal nilai juga? wah!! boleh kita ke alamanda sama2!!"
"suka filem? saya ada banyak di rumah. nanti datang rumah saya!!!"
tahu2 kamu sudah terjanji untuk terus jadi kawan bersama setiap waktu.
tapi kamu tetap syukur. ada juga yang hendak menegur kamu.
2) cik apa-pandang2.
sila jangan sekali2 membuat sentuhan mata dengan insan ini. merbahaya. walaupun kamu tanpa sengaja bertembung mata sama dia, dan lemparkan senyuman, dia akan cuma senyum pahit dan sepantas kilat menunduk seperti tidak mahu ada kena-mengena sama kamu.
orang begini sangat mengerikan kerana dia bijak mengolah plot kisah. kebiasaannya mereka ini paranoid anda sedang merenung bajunya yang tidak cantik, atau solekannya yang tebal, atau sayur di celah gigi, atau bau badan mereka yang macam sial.
walhal kamu tidak langsung perasan apa2. sebagai ulangan: dia cuma paranoia. risau tahap dewa.pada lumrahnya, cik apa-pandang2 gemar privasi. dia datang pejabat, duduk di kubiknya, siapkan kerja, dan pulang.
amaran: jangan dirodok lebah di sarang.
3) cik apa-pinjam2.
kamu baru. kamu tidak lagi diberi alat tulis. bos besar minta kamu uruskan dokumen A dalam tempoh sepuluh minit. kamu serabut. kamu perlu tunjuk kebagusan diri dalam impresi pertama yang hendak kamu pamerkan. kebetulan, cik apa-pinjam2 itu tempatnya di sisi kamu.
kita gunakan satu barisan soalan sebagai kepala rujukan:
"boleh pinjam liquid paper?"
jawapan satu:
"errr........"
tempoh berkira2nya membuatkan anda tidak selesa untuk mengharapkan apa yang hendak kamu pinjam pada awalnya.
jawapan dua:
"nah."
pendek. tapi dengan muka yang sepayau tahi. cukup untuk buat kamu rasa hendak ke 7eleven 10 minit perjalanan; lebih rela beli sendiri.
jawapan tiga:
"ni... tapi jangan tekan banyak2. tadi saya pakai macam nak habis dah. tapi pakailah. picit perlahan2 sikit. sebab itu hadiah boifren saya"
kamu rasa macam haram. rasa macam nak beri dia duit, untuk ganti.
jawapan empat:
"dah rosak"
padahal tadi dia baru pakai. macamlah kamu buta makna tersirat dia beri.
boleh blah la.
4) cik koperasi-belanjawan-ketat
orang begini sangat terperinci dalam akaun produknya. perlu difahami kerana dia sangat mementingkan kualiti, sanggup berbelanja mahal meskipun dia orang biasa2. bukan kerana gilakan jenama, tapi dia sememangnya orang berjimat berperut ikat untuk memiliki apa yang dimahunya.
sangat selalu dilihat, cik-koperasi-belanjawan-ketat mempunyai cawan cantik, pen istimewa, alatulis khas dan selipar pejabat mirip hotel. mereka juga punya citarasa unik, teh kudup ros atau shortbread mark & spencer atau nestum; menjadikan orang kiri kanan yang tidak reti beli sendiri itu geram.
maka minta kerjasama untuk tidak paw / rembat.
minta dikasihankan.
kalau kamu berdegil, tadahlah telinga untuk mendengar:
"siapa nampak orang yang pakai kole aku? dah pecah!"
"ada orang pakai pen aku tak tutup balik. habis dah dakwat"
"siapa habiskan nestum aku?!"
biasanya akan diselitkan:
"kalau nak, cakap la weh!!"
yang mana kamu jawab dalam hati:
"kalau cakap, kau takkan bagi"
5) cik sentiasa-dirundung-malang
dia tidak akan pedulikan kamu. dia sentiasa berdiam. dia akan selalu berwajah sayu. dia borong semua tisu.
insan begini, di dalam pejabat, akan seboleh2nya cuba untuk tidak melayan perbualan riuh, kerana terlalu sebak sama kesedihan sendiri a) tidak punya boifren, b) ada boifren tapi tidak macam boifren orang lain, c) ralat tidak semampu kawan2 lain yang sibuk bercerita hal beli-belah, d) apa sahaja yang mampu buat dia rasa rendah.
dia juga sangat bijak membuat orang lain rasa serba-salah di setiap terbuka mulutnya.
"saya betul hendak pergi percutian pejabat kali ini, tapi... saya ini tiak mampu... hendak beli kasut pun sampai ikat perut dua minggu..."
"sori la. ai bukan sedih apa... tapi hasben ai tak pernah cakap ailebyuh sebelum ai pergi kerja... macam hasben yu... ai ada perasaan juga, yu tau..."
kebiasaannya, mereka ini merimaskan kerana orang susah hendak melayannya. istilah terkenal adalah "party pooper" atau manusia yang bawa tahi ke majlis sukaria. kalau nak cerita sedih, cari timing. masa singgang di pejabat biasanya orang hendak cerita2 ringan. untuk menenangkan serabut tugas. cik sentiasa-dirundung-malang selalunya tidak memahami yang orang lain juga ada sejuta masalah dalam kepala, malas hendak tunjuk saja.
sila jauhkan dari soalan "awak okay?" padanya. nescaya kamu akan diangkat menjadi kawan karib dan sumber rujukan apa sahaja. setiap update akan dikhabarkan, setiap inci kisah akan dimaklumkan.
tidak perlu disoalkan, kerana dia, dateline kamu akan terlihat begitu sayup2 dan tidak sampai2.
6) cik main-internet-sampai-bengkok
kamu sendiri tidak tahu apa yang difikirkan dalam kepalanya setiap pagi sebelum masuk kerja. apakah sekadar bangkit, masuk pejabat dan melayari facebook / blogspot / yahoo games semata sebelum pulang? atau dia benar2 sudah siapkan kerja di rumah, maka di pejabat sudah lenyap semua tugasan yang berbilang2.
tapi insan ini seperti begitu aman dan tenteram ketika menggelongsorkan tetikus dengan tangan kanannya. siap tanya: "ada facebook ke? meh nak add!!" dengan girang, walhal bagi kamu facebook itu sudah tahap basi. lagi seronok layan sudoku di naskhah star yang kamu beli.
sedikit sebanyak, kamu mengharapkan bos akan muncul secara tidak semena2 di belakangnya dan memberi amaran kecil. kamu terlalu amat ingin tersenyum untuk detik itu, kerana kamu rasa tidak diadilkan. kamu kerja bagai kerbau, dia santai macam hamlau. kamu bukan dengki, cuma sedikit panas dalam hati.
malangnya, bila ia terjadi, cik-main-internet-sampai-bengkok tetap kool dan berperawakan seperti tidak ada apa2.
jangan terus melenting. jangan terus membuat tuduhan dia jual badan pada bos.
mungkin pejabat itu bapak dia punya.
7) cik aku-kesayangan-boss
tidak perlu bualkan apa2 di sini. kecuali mereka sangat bertuah dan beruntung kerana terpilih dalam saringan "my boss' new bff" seperti paris hilton mempunyai pet dog dalam MTV setiap 11 malam.
tidak ada makna kalau anda bising di belakang cik aku-kesayangan-boss, menggelarnya sundal atau murahan, kerana mereka tetap dan sentiasa akan jadi kesayangan boss.
elakkan:
"memang la kesayangan, kaki jilat bontot boss"
"macam anjing perangainya. terjelir2"
"eleh. kesayangan sebab cantik. kaki bodek"
terimalah. kamu tidak cantik.
kalau kamu dapat peluang, kamu pun nak jadi anjing kesayangan tuan.
kan?
pesanan: jangan jadi bodoh dan jadikan dia musuh. buat biasa. jangan masuk campur sama yang buka suara. nanti dengan kamu terlibat sama.
8) cik aku-tanak-amik-pot
mereka ini mudah. mereka datang pejabat dalam pakej. diri mereka sendiri dengan teknologi musik.
syurga mereka adalah di pc sendiri, dengan barisan mp3 sendiri, sekali sama headphone / earphone. mereka siapkan kerja dengan tekun sambil bernyanyi dengan suara falsetto di kubik sendiri. pilihan lagu adalah variasi, tapi sangat mencanang peribadi: koleksi rock kapak, lagu2 indie, band retro atau pop inggeris.
mereka cuma bangkit dari kerusi untuk membancuh air di pantri, itu pun dengan pemain mp3 yang ada mobiliti, supaya tidak ada interaksi sama hidupan berintelek lain.
meski pun begitu, mereka murah senyuman.
ye lah, mereka tidak kenal / tahu apa2.
mereka sangat senang cerita.
9) cik dah-kahwin-maka-tak-perlu-ada-malu
yang keluar dari mulut manusia ini adalah kisah persetubuhannya sama suami, jenaka berahi yang dibaca dari internet, pertanyaan kenapa buah dadanya seperti besar sebelah dan provokasi yang kerap berkenaan kenapa kamu tidak ada boifren.
kamu yang geli-geleman sama ceritanya akan diselar "alah.. sekarang malulah. nanti dah kawen, dah rasa punai, menyorong2". kamu rasa hangin. kamu rasa nak menjawab, tapi kamu tidak ada ingin.
kamu tahu, kamu bukanlah sopan sangat pun dengan kawan2 . biasa saja bual2 tentang kemaluan. tapi kamu ada akal. itu pejabat. dan orang pejabat bukan kawan, tapi rakan sejawat.
10) cik aku-lebih-bagus-dari-kau
terpampang di dahi mereka.
mudah untuk dikenalpasti. selain dari barang2 cantik dan berjenama, hidung dan dagu mereka ada sedikit tertanjak ke atas. mungkin penyakit, mungkin tidak disengajakan. namun selalunya sindrom ini sejajar dengan kemestian untuk membikin anda rasa seperti najis.
kamu juga tidak mungkin akan menemuinya makan tengahari di tempat sama dengan semua orang. mereka lebih selesa memandu jauh sedikit untuk makan di tempat lain, seolah lebih ekslusif.
eleh, makan mamak juga.
hmmmph.
gaya lebey.
11) cik ada-kerja-tapi-ada-masa-untuk-blog
itu aku.
hahahahahahaha.
No comments:
Post a Comment