especially to akak mepek.. hahah u tau banyak dirty secret i.. (bab makanan ok) hahah cita2 dan angan2 nak masak.. pandai keee?
huhu kisahnye pasal talam ubi ni.. aku memang sangat suka kat kuih talam dulu masa mengandung dulu ader gak nak mencarik sebab biasa bulan pose yang selalu jumpa kan..
tadi aku ikut geng g pasar tani depan opis.. niatnye nak cari buah arrowhead.. nak buat kopok.. huhuhu.. pastu tgk kedai org kerumun.. hahahah acik kan kepoci.. jengah2.. la.. kedai kuih je punn asal lak ramai orang.. huhuh..
pastu nampak lam talam ni.. bersusun cantik je.. heheh amik la satu nak coba.. sebab ader kekadang orang buat tak sedap- aku la tu (tak pernah buat pun) .. hehehhehe
waaa sedapppnyeee.. aku nak offer org lain pun tak sampai hati.. hahahha.. da la murah 1.50 je semangkuk.. konfirm jumaat ni i beli lagi InsyaAllah.. huhuhuhu..
so cemana? huhuh aku suka kuih ni kalo abis kene tunggu sampai jumaat.. nak buat aku nak tunggu bertapa kat dapur sendiri.. hahah dapur sendiri? jeng jeng...
en. suami afta dis kalo sy malas nak masak.. u tolong ingatkan saya ye...
sebelum terlupa nak buh gak resepi i jumpa kat internet... banyak org pakai resepi ni.. so tak tau nak kredit kat sapa.. kira halal la ye.. sharing is caring kan..
doakan sy berjaya nak mencuba.. bila? entah laaa
Bahan Lapisan Bawah
1 kilo ubi kayu [mesinkan dgn 1 cawan air. Tapiskan ubi tu]
2 cawan air ]
1 cawan gula merah ] masak dan tapiskan
1 cawan gula pasir ]
daun pandan ]
Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 s/k garam
Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu dibersihkan dan potong kecil. Masukkan dalam blender dan mesinkan dengan 1 cawan air. Tapiskan. Buangkan air yg ditapiskan.
3. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
4. Sapukan sedikit minya didasar loyang supaya senang untuk memotong kueh ini.
5. Masukkan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran 30 minit.
6. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
7. Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar.
8. Kacau rata [jangan tinggalkan] dan tutup api.
9. Bila lapisan bawah[adunan ubi] taelah masak, perlahankan api dan cakarkan permukaan adunan ubi tu.
10. Tuangkan adunan lapisan atas dan kukuskan sekali lagi selama 20 minit.
11. Tutup api dan sejukkan betul2 sebelum di potong dan hidangkan.

No comments:
Post a Comment