Mendisiplinkan Anak-anak Kecil Anda PDF
Panduan Keibubapaan dan didikan - Toddler
Written by Abie
copy from blog: teratak maya
Saturday, 25 July 2009 10:31
Anak kecil anda pada usia ‘Toddler’ sememangnya menjadi jantung hati. Tetapi tentu anda tidak menyangkal, bahawa banyak kali mereka juga membuatkan anda hilang sabar. Ya betull.. tgk dia nakal sy kurang sabar, tgk dia comel2 pun sy geram.. heheheh
Anak-anak pada usia ini selalu menguji sempadan di sekeliling mereka sedikit demi sedikit. Kelakuan ini adalah kebiasaan pada usia ini supaya perkembangan minda dan fizikal meningkat dengan normal. Mereka amat teruja apabila berjaya melampaui sempadan kemampuan mereka sebelum ini. Pada banyak masa mereka mahu anda tahu pencapaian mereka setiap hari.
Kadang-kadang, ada beberapa perkara yang mereka lakukan melampaui sempadan kesabaran anda. Ada perkara yang sememangnya sempadan yang anda perlu pastikan bahawa ianya tidak dilanggar dan anak-anak anda tahu ia perlu menjauhi sempadan-sempadan tersebut sejak dari kecil. - ok noted!
Di bawah ini adalah beberapa cara memastikan anak-anak kecil anda membesar di landasan yang betul:
Anda hendaklah Konsisten
Konsisten adalah syarat penting untuk menerapkan disiplin. Ibubapa yang tidak berpegang teguh dengan undang-undang dan hukuman yang mereka sendiri letakkan akan menyebabkan anak-anak belajar melanggarinya juga. Contohnya jika anda melarangnya dari menyakiti kanak-kanak lain, anda juga tidak patut menyakiti anak-anak anda yang lain di hadapan mereka apabila menghukum.
Jangan lupa bahawa anak-anak belajar lebih banyak melalui pemerhatian perlakuan orang-orang dewasa terutamanya ibubapa. Jadi pastikan kelakuan anda adalah perlakuan teladan. Jika anda mahukan anak-anak kecil anda menyimpan kembali mainannya selepas bermain, pastikan anda juga tidak membiarkan barangan anda sendiri berselerak. -okeh ni silap mami.. mami hanya kemas mainan je.. barang lain tak.. ok mami pon kene ubah sikap rajin kemas!! mami, sila rajin! kalo tak cubit diri sendiri!!
Hapuskan Tarikan Negatif
Anda sudah tahu yang anak-anak kecil mahu menjelajah dunia sekelilingnya. Mereka secara semulajadi adalah insan yang penuh dengan perasaan ingin tahu, jadi adalah amat penting menghapuskan apa-apa tarikan yang negatif, kerana jika ada, percayalah mereka akan menjumpainya. Ini termasuklah TV, telefon, video dan barangan yang boleh menyebabkan tercekik seperti barang kemas, butang atau barangan kecil lain yang mereka mungkin masukkan ke dalam mulut, punca-punca elektrik terdedah, kolam-kolam atau takungan air dan pintu-pintu pagar yang terbuka serta bahan-bahan pencuci dan ubat-ubatan. -noted!
Alihkan Tumpuan
Jika anak kecil anda sedang menuju ke arah sesuatu yang membahayakan atau bermain dengan sesuatu yang tidak sepatutnya, cakap “JANGAN” dengan tenang dan keluarkan anak anda dari kawasan tersebut atau alihkan tumpuannya denga aktiviti atau barangan lain. - mami plak JANGANNNN dan bertukar jadi kingkong!! adeh salah mami lagi!!
Adalah amat penting anda tidak memukul atau mencubit anak kecil anda. Pada umur begini, anak kecil tidak mungkin dapat memahami tindakan anda menyakitinya. Mesej yang anda tunjukkan padanya jika anda memukulnya adalah; memukul orang lain dibolehkan jika dia marah. - lagi dan lagi!,, mami please take note!! mami suka ketil mia!!
Tunjukkan Kasih Sayang
Yang paling penting, sentiasa pastikan anak anda tahu bahawa anda sayang kepadanya walaupun pada masa-masa yang anda tidak membenarkannya melakukan sesuatu yang ia mahu. Jangan meletakkan syarat pada kasih sayang anda kepadanya atau menjadikan kasih sayang anda sebagai ugutan untuk mencegahnya dari melakukan sesuatu yang anda tidak suka. -mami sentiasa sayang mia.. tapi mami selalu ckp kat dia.. "ha buat la tu, mami tak nak sayang mia lah.." err camtu kira ugut la kan.. mami mami.. !!
Biarkan anak-anak sedar bahawa kasih sayang anda tidak akan berkurang walau apapun berlaku. Tetapi pastikan mereka tahu anda pasti marah, menghukum, atau tidak suka jika undang-undang anda dilanggari. Jangan libatkan kasih sayang di dalam isu ini.
okey noted n mami akan cuba bermuhasabah dan bermunasarawak diri.. hehehhe mungkin selama ni asyik menunding jari, salah kan sana salah kan tv salah kan tepon, salahkan kerusi.. hahaha.. ok mami ngaku mami silap.. harap belum terlambat nak betulkan keadaan..
to my dear friends juga, sesama la kita ye.. heheh ni anak br sorang sy dah huru hara.. ahhaaha..
InsyaAllah kalo kita ikhlas, PASTI menjadi :D
No comments:
Post a Comment