mari memfollow.. kengkawan.. kalo sy tak follow balik let me know ehh..

senyumm

Promosi Keahlian 2011

Friday, June 3, 2011

Harumanis kene culik ! - Isu Semasa - CARI Malay Forums

Harumanis Pun Nak curi Gak ! - Isu Semasa - CARI Malay Forums

KANGAR – Dua pencuri ditangkap oleh seorang pengawal keselamatan ketika leka memetik buah mempelam Harumanis di Ladang Mempelam Bukit Bintang 2, Sungai Batu Pahat di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, difahamkan kedua-dua pencuri terbabit yang tamak enggan berhenti memetik buah mempelam terbabit meskipun telah berjaya mengisi kira-kira 1,000 kilogram ke dalam sebuah lori yang disediakan di luar ladang itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, dua suspek terdiri daripada warga tempatan dipercayai penganggur berusia 26 dan 30 tahun ditahan di ladang milik jabatan pertanian itu.

“Kegiatan pencuri berkenaan disedari oleh seorang pengawal keselamatan ladang tersebut ketika meronda dan bertindak mendapatkan bantuan anggota Rela bagi menangkap mereka.

“Sebanyak 11 guni diisi mempelam Harumanis telah dicuri nilai kira-kira RM10,000 dan polis turut merampas sebuah lori setan dipercayai milik suspek itu,” katanya kepada pemberita.


---ayoooo itu pun mahu culik ka.. kak ayuuuuu.. nak buah harum manis nii.. esok hang balik belikan la.. hahhahaha oOooOpss ni bukan mengidam ye.. meridam je.. ngeee

Terima Kasih baca post neh.komen jom!!

2 comments:

:|: TinTa Kibod :|: said...

hahaha...mahal woo buah tu...dorang curi tuh lag dorang leh jual UP...sbb tu sanggup curik..bongok lah jd darah daging tak pasal org yg beli nanti pun terbabit..

weh mlm td tanya MIL..MIL pun cakap dah takdok lah...huhuhu...oh agaknya psl byk kene curik lah ni!

[M.Y] said...

baru lepas makan harumanis last week.. memang sedappppsss ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...